Saturday 29 April 2017

Interview Yayasan Peneraju Tunas Potensi Bursary Sime Darby

Panjang giloss tajuk.
Sebenarnya aku pun tak tahulah macamana nak susun ayat untuk title tu. Tapi abaikan.
Semalam, 28/4/2017 adalah tarikh yang mendebarkan juga untuk aku sebab aku kena menghadiri temuduga biasiswa. Memang berdebar sebab inilah kali pertama aku menghadiri IV yang berkaitan dengan scholarship.

Debaran aku menjadi-jadi apabila aku diberitahu bahawa aku akan ditemuduga sehari sebelum hari temuduga tu berlangsung. Sebab lokasi temuduga aku yang sebenar ialah di Sabah, namun disebabkan jauh sangat dari lokasi aku sekarang , maka aku mohonlah supaya dipindahkan lokasi tu ke KL. Alhamdulillah, pihak pengurusan YP ni bersetuju. Jadi pada hari Jumaat , 27 April baru-baru ni, aku dihubungi untuk pergi ke temuduga pada keesokan harinya. Agak kelam kabut jugaklah aku semalam. Sebab , selalunya kalau IV ni akan diberitahu beberapa hari sebelum tapi kali ni mungkin memang nasib aku lah. HAHA.

Maka, disebabkan kesuntukan masa, aku pun cuba-cuba search di google mengenai biasiswa ini. Rupa-rupanya, biasiswa ini adalah biasiswa yang baru dan pelajar-pelajar yang ditaja adalah pelajar SPM , STPM, Asasi dan Diploma sahaja. Sebelum ini yayasan SIME DARBY memang ada menawarkan biasiswa mereka sendiri, namun tahun ini mereka mengadakan kerjasama dengan Yayasan Peneraju untuk menjayakan biasiswa ini. SIME DARBY yang memberikan dana dan segala urusan biasiswa diuruskan oleh pihak YP. Lebih kurang macam tu lah pemahaman aku.

Aku pun bacalah segala pengalaman budak-budak asasi dan SPM yang pernah menjalani IV Tunas Potensi ini. Setiap tahun memang berbeza-beza cara IVnya. Ada yang sampai 4 stage. Seram juga rasa. Dahlah kami yang diinterview ni budak-budak degree. Mesti banyak stage juga yang kami kena lalui (ini first impression aku). Dan sejujurnya , malam sebelum IV tu aku sangat blur. Tak sangka pula esoknya aku kena pergi IV. Walaupun begitu, aku persiapkan segala keperluan seawalnya supaya aku tak lah kelam kabut keesokan hari. Tak boleh buat last minit macam selalu. Eh pecah rahsia!

Keesokan harinya, aku dengan Naedy (dia yang temankan aku) pergi ke KL Sentral dengan menaiki train. Awal pagi , dalam jam 7.30. Kami tiba ke destinasi pada pukul 8.27 (lebih kurang). Aku dengan rakan-rakan seuniversiti lain pun masuk (yang ni aku terjumpa masa tengah cari-cari lokasi iv. Masa tu diorang pun tengah bertanya dengan pekerja KL Sentral). Lebih kurang ada 20 orang di dalam tu. Alhamdulillah, tak perlu berbaris panjang. Lagipun diorang dah mendaftar lebih awal lagi. Kami datang sedikit lewat dari mereka.

YSD 154.
Nombor angka giliran aku. Setiap dari kami diberi sticker nombor angka giliran masing-masing. Sebelum sesi interview bermula, kami dikehendaki mendengar taklimat dari YP. Mereka memberi penerangan tentang bantuan-bantuan yang akan mereka berikan termasuklah Elaun Yuran Pengajian, Elaun Tempat Tinggal, Elaun Buku dan sebagainya. Fokus yang mereka berikan adalah untuk golongan Bumiputera yang cemerlang serta mempunyai ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan rendah. Setiap pemegang biasiswa juga wajib untuk mengikuti program pemupukan yang mereka jalankan.

Kami akan melalui dua stage. Stage yang pertama ialah berkaitan dengan pemeriksaan dokumen. Pihak YP akan bertanya tentang latarbelakang keluarga. Pendapatan ibu dan ayah adakah mencukupi dan segala yang berkaitan dengan dokumen yang kita berikan. Sementara menunggu, sempat juga berbual dengan member-member baru dari UIA. Semua kelihatan berdebar juga, fikirkan aku sorang seja. Haha. Ok ada geng. Diorang pun ada share sikit tips temuduga dan sempat lagi buat lawak dalam meeting room tu.

Sesi kedua pula ialah sesi temuduga. Di sini lah kami menceritakan tentang diri sendiri dan kos yang diambil. Soalan-soalan banyak kepada contribution dalam bidang yang diceburi. Apa sumbangan dengan kos kita.  Dan pelbagai lagi soalan yang lain. Mereka juga bertanya sebab mengapa aku mengambil kos sekarang ni dan sebab memilih biasiswa YSD ni. Soalan memang agak cliche dan biasa, namun aku tetap risau . Jika jawapan yang aku berikan tidak menepati citarasa interviewer.

Setelah selesai, kami terus dibenarkan untuk pulang. Opps! Aku lupa nak cerita pasal essay. Selain dari ditemuduga, kami juga diminta untuk menulis esei. Sambil-sambil menunggu rakan-rakan yang lain ditemuduga, kami diminta untuk menulis esei berkaitan dengan cadangan kepada SIME DARBY mengenai aktiviti atau kegiatan yang boleh mereka jalankan kepada pembangunan Pendidikan, Kesenian dan Budaya, Komuniti dan Penjagaan kesihatan dan ada dua lagi. Aku tak ingat. Aku memilih komuniti, sebab lebih berkaitan dengan aku dan kos yang aku ambil. Luckily, kami dibenarkan untuk menulis esei dalam bahasa Melayu ataupun English. Maka tersenyum lebarlah aku. Penemuduga tu kata, beliau takkan check grammar atau tatabahasa, dia hanya nak tengok idea-idea dari kami.

Kepada rakan-rakan mahupun adik-adik yang juga bakal diinterview, jangan risau. Buat yang terbaik. Usaha sungguh-sungguh belajar teknik temuduga yang berjaya. Pakaian pun kena formal dan prepare bercakap bahasa Inggeris. Syukurlah masa turn aku tu interviewer ok. Beliau tak bercakap fully English, so aku jawab pun campur-campur. Hehe. Tapi ada kawan aku sorang tu memang fully English. So be prepared lah sebarang kemungkinan. Dont worry. Diorang ramah jer. Aku main terjah je semalam.

Kalian doakan aku yerr. Biasiswa ni memang sangat penting bagi aku :)

31 comments:

Anonymous said...

Bole saya thu.. Interviewer tuh staff yayasan peneraju or staff sime darby?

I.m Nasryn said...

Maaf saya baru respon. Interviewer tu saya pun tak pasti sama ada kakitangan SD atau YP. Tapi yang kami diterangkan haritu, dana memang diberi oleh Sime Darby, tapi YP yang menguruskan biasiswa dan program2 tu. :)

black. said...

kalau ada dokumen tak lengkap dia marah x.huhu. x sempat nak uruskan :'(
esok my turn

I.m Nasryn said...

black , diorang tak marah pun. Sebab macam saya hari tu , esoknya iv harini baru diorg bagitahu. So saya pun tak sempat nak siapkan semua keperluan. Tapi awak perlu untuk sediakan dan hantar salinan-salinan yang pihak YP minta selepas IV tu sama ada melalui pos atau emel mereka. Tapi lebih baik Pos salinan2 tu. Beribu emel datang setiap hari so kena call dulu lah kalau nak hantar VIA emel. :)

nur athikah said...

Hai,keputusan untuk bursary ni dah keluar ke?

Unknown said...

Haah, nak tau jgk. Rsult utk peneraju bursary dah kluar ke?

Unknown said...

Keputusan akan keluar secara berperingkat..ada few yang dah dapat result..but end of Julai kira nya semua result dah dikeluarkan..good luck semua :)

Anonymous said...

Result utk peneraju dah dpt ?

Anonymous said...

Hello result utk peneraju ni dah dapat ke??

Unknown said...

Assalamualaikum nak tnye ,kalau first year degree bole apply tak?Dan syarat minimum pointer berapa ya?

Unknown said...

salam..nak tanya, interview in english or malay??

Unknown said...

Can be both. Ada luck dapat melayu la

Unknown said...

can i ask? u dpt x biasiswa ni?

aiwaaawoo said...

I have iv for this biasiswa tomorrow. Pray for me 🌸

Jinulin Jimmy said...

Hello... Biasiswa ni memerlukan kita bekerja dengam mereka tak ? If dah hbis study ?

Jinulin Jimmy said...

Hello... Biasiswa ni memerlukan kita bekerja dengam mereka tak ? If dah hbis study ?

SAIDATUL NAZIAH said...

Aiwawoo Good Luck!

Mohd Aslam said...

mnggu depan turn sya di iv doakan sya guys ^^

Unknown said...

Hi boleh saya tahu macam mana pihak mereka infrom dekat awak pasal interview ni? Melalu call or email or check online? Saya ada mohon tapi tak ada respons smpai sekarang tq

Unknown said...

Yeahh same. Still waiting for unknown hahah

Anonymous said...

Peneraju 2018 already come out the result or not?

Anonymous said...

Hai , nk tnya. Dlm list tu ada kena mintak pdpa dgn interview form ? Abende tu ek ?

faiz said...
This comment has been removed by the author.
Far said...

2.8 min

Far said...

Tidak tetapi akan bekerja min 3 thn dgn syarikat yg berkongsi dgn mereka

Unknown said...

Yg tahun ni punya list dah kkuar ke?

far said...

Kerja tu berkaitan dgn course dia tawarkn tertntu je ke??kalau kita ambk course pharmacy dentist medic nnti degree so mcm mna??

sizuka said...

anyone know if this year punya dah keluar ke belum?

Fikri said...

Hai i tlg reply. Result dah keluar. I dah dpt

Fikri said...

Nanti reply kat i ye

Azz said...

Iview utk ysd bursary schship ke? Nak tips boleh?